Jumaat, Januari 11, 2013

Chocolate Moist Sentuhanku....untuk Si bongsu

Assalamualaikum semua....

Pejam celik..pejam celik semalam genaplah 4 tahun usia si bongsu (bongsu ke?....harap2 gitulah...he..he..)..
Jadi sebagai meraikan yang ampunya harijadi maka, terhasillah kek ni....

Photo: Kek untuk bufday AMNI kek niee mama yg buat sdp....
amacam...terliurkah?...buat sendiri tau...
Newey...thanks kepada rakan2 Cikgu Sari yang tak kedekut ilmu...(especially thanks to Aya and Anisah)
...tok guru kek "Coklat Moist"...memang sedap....anak2 Cikgu Sari suka sesangat....rasanya dah 3 x buat....licin tau...

Si bongsu...Amni Zulaikha tu kemain lagik teruja nak tiup lilin kek...he..he...walaupun simple dan tak de hiasan dan decorate bagai (belum belajar lagi....he..he..lepas ni okies)....sukanya ya amat....yang lainpun tumpangle sekaki...







Si Zulaikha ni memang suka bergaya....Comei x....







Nak kongsi resepinyake?......tungguuuuuuuu entri yang akan datang key....Jumpa lagi.


Ahad, Januari 06, 2013

Info Islamik

As Salam semua......

Cikgu Sari suka sangat sebab dah......habis exam (last paper pagi tadi kul 10.00 gitu).....dan cuti sem....horeyyyyy....

La ni bolehla Cikgu Sari tumpukan pada kerja pula....hmmmmm...PBS, LINUS, Fail, Dokumen, Rph, Rpt, dan bla...bla....bla....hias kelas lagi...ohhhhhh banyaknya kerja....newey semua tu ikhlas kerana ALLAH SWT....mudah-mudahan mendapat berkat.....Insyaallah.

Sebenarnya Cikgu Sari nak berkongsila perkara yang rasanya semua orang buat setiap hari tetapi mungkin kita tidak menyedarinya.....termasuklah Cikgu Sari sendiri....Ya Allah....kita ni manusia yang lemah dan sentiasa terlalai dalam melayari kehidupan seharian.....Ya Allah ampunkan dosaku dan sekalian muslimin dan muslimat.......Jadi Cikgu Sari rasa terpanggil untuk berkongsi dan sama-sama memperbetulkannya....

Dalam suka2 dok berfb...Cikgu Sari terjumpalah benda ni......



kesilapan .....tanpa di sedari........



Selama ni Cikgu Sari selalu gunakan perkataan "salam" tu.......Oleh itu, Cikgu Sari mohon kepada semua rakan-rakan, saudara-mara, anak-anak murid dan sesiapa jua yang telah terlibat........ maafkanlah kekhilafan yang selama ni Cikgu Sari tidak sengajakan.......mungkin Cikgu Sari sorang saja yang tidak tahu.......

Walau apapun....marilah kita berkongsi dan saling ingat mengingatkan semua saudara seislam.....semoga amalan yang baik akan mendapat  ganjaran di sisi Allah ............Aminnnnn.

Sharing is caring.....thanks pada yang memberi dan sudi berkongsi maklumat.............

 Jumpa lagi.....




Sabtu, Disember 29, 2012

Contoh soalan KRT

Salam 1 Malaysia....

Cikgu Sari rasa terpanggil untuk berkongsi soalan KRT yang diberikan oleh salah seorang rakan tadi....dan sudah tentunya rakan-rakan semua tengah pulun dok study untuk exam esok....


Jomlah sama2 tengok soalan spot ni.....hmmmm mudah2an esok ada yang kena....he...he....


soalan KRT aneka pilihan


Jawapan yang Cikgu Sari buat :

1.  4
2.  1
3.  3
4.  3
5.  3
6.  1
7.  3
8.  1
9.  2
10. 3
11. 1
12. 4
13. 4
14. 3
15. 4

Kalau ada yang x betul...jom sama2 betulkan....

Cikgu Sari doakan kita semua dipermudahkan dan dapat menjawab soalan esok dengan baik....

Insyaallah.....Aminnn.

Jumaat, Disember 28, 2012

Aku dan Hobiku

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Semua orang ada hobi masing-masing...ya tak. Cikgu Sari nak berkongsi sedikit hobi yang telah lama menguasai diri ....sejak zaman tok nadok dulu....he..he...sekolahla....


apalagi membacala..... cer teka apa?... dah tentu novel.........tah le memang x boleh nak tinggal walaupun dah nak masuk warga 40-an( ya ke....eh..belum3x).

Dah bertimbun novel kat umah...kadang2 tu kena marah dgn cik suami..... asyik2 beli novel je....dah tu kalau dapat novel asyik ngadap je....selagi x habis selagi tula rasa x kena.....sanggup telaah sampai ke pukul 2-3 pagi......

nak tanya sikit : kalau belajar sampai mcm tu ke????....sendiri mau ingatle..


ha korang nak tau tak....dalam dok nak peksa ni sempat lagi Cikgu Sari layan 2 buah novel....
semalam selesai satu...


                                                       ....sangat best novel ni...jom review
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex

“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir
“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?
























pagi tadi  selesai....satu lagi....


NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak s

angat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik N
awwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!



Membaca jambatan ilmu......jadi silalah baca ....ambil teladan jadikan sempadan.....ehmmm betul ke???


Newey....lusa nak peksa blm baca betul2 lagi....apa nak jawab....tenyeh jela....ok ke????

SELAMAT MEMBACA.

p/s.... boleh dapatkan stok kat MPH bookstore, popular....AEON rawang ada, selayang mall ade....nak pinjam kat library cikgu sari pun boleh....he..he...

Rabu, Disember 26, 2012

myMetro | Rahsia hilang mengantuk

Salam semua....

ha...ha...ha...

musim peperiksaan menjelang tiba....saya terbaca satu artikel yang boleh kita kongsi bersama...

Apalagi jomla layan....moga2 dapat membantu cikgu-cikgi study vs stido....hmmmmm



myMetro | Rahsia hilang mengantuk




Bermanfaat bukan....

Isnin, Disember 24, 2012

Info Sihat



Salam uols.....

Rasanya semua orang nak cantik, sihat, dan ceria kan....

Jomla share beberapa info yang bermanfaat untuk diamalkan...

Tahu tak?

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. 

Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Epal hijau mengandungi:
  • zat besi
  • magnesium 
  • potasium 
  • kalsium
  • soldium
  • vitamin C
  • vitamin A 
  • vitamin B 
  • serta merupakan sumber serat yang mudah larut. 


Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya. 

Epal hijau boleh membantu mencegah: 
•Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah. 
•Mengurangkan risiko penyakit jantung. 
•Membantu kesihatan membran paru-paru. 
•Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron)...

Apalagi jomla amalkan....senang, mudah, murah dan menyihatkan.....



Rabu, Disember 12, 2012

Cuti-cuti Malaysia

Salam semua...

Hari ni begitu penat kaki melangkah melayan karenah anak2......

Satu tempat yang sungguh sesuai dan menarik untuk anak-anak kita melayar impian mereka di masa depan....


Di sini.....


Cikgu Sari pasti rakan-rakan semua sememangnya telah tahu....jomla layan sedikit info.....

KidZania Kuala Lumpur merupakan pusat hiburan keluarga tertutup yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia. Bersebelahan dengan IKEA dan berhadapan dengan Tesco. Taman tema ini menawarkan pembelajaran interaktif dan pengalaman dalam hiburan untuk kanak-kanak di dalam bandar yang bersaiz kecil. Pengalaman berada di sini adalah seperti kehidupan sebenar yang memperkasa, memberi inspirasi dan mendidik anak-anak kecil dalam melakukan pekerjaan di dalamnya.


Para pengunjung berpeluang untuk memilih sebuah pertubuhan seperti hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesyen radio, studio televisyen, teater dan lain-lain. Kanak-kanak akan diberi pilihan untuk memilih satu pekerjaan yang terdiri daripada lebih 90 pekerjaan yang berlainan di 59 pertubuhan yang berlainan. Mereka juga boleh menjadi pakar bedah, ahli bomba, wartawan, juruterbang, mekanik, model, doktor, pelukis dan pelakon serta banyak lagi.


Pada musim cuti sekolah ni diadakan dua sesi iaitu:
1. pukul 10.00 - 3.00 ptg
2. pukul 3.00 - 9.00 mlm

Bayaran Masuk mengikut kategori :
KategoriKewarganegaraanBayaranNota
BayiWarganegaraPercumaKategori ini adalah dalam linkungan umur 0-1 tahun
Bukan Warganegara
Kanak-kanakWarganegaraRM 35Kategori ini adalah dalam linkungan umur 2-3 tahun
Bukan Warganegara
PraremajaWarganegaraRM 55Kategori ini adalah dalam linkungan umur 4-17 tahun
Bukan WarganegaraRM 75
DewasaWarganegaraRM 35Kategori ini adalah dalam linkungan umur 18-59 tahun
Bukan WarganegaraRM 50
Warga EmasWarganegaraRM 30Kategori ini adalah dalam linkungan umur 60 dan ke atas
Bukan Warganegara

Bayarannya hmmm....agak mahal sedikit tapi berbaloi-baloilah....sesekali untuk keseronokan anak-anak apalah salahnyakannnnnn :

* Tiket boleh dibeli secara online ataupun walk-in.

Saksikan gelagat anak2 Cikgu Sari..............








kemain suka lagi my boy ni.....















Semoga bergembira...............

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...