Jumaat, November 30, 2012

Lagu Kegemaran

Salam semua....

Di pagi yang penuh barakah ini, Cikgu Sari ucapkan semoga anda semua mendapat rahmat Allah .....Insyaallah...

Cikgu Sari nak kongsi sedikit rasa hairan dan teruja juga sebenarnya dengan semangat dua orang anak Cikgu Sari ....

Layannnnnnnnnn


Sangat patriotik......kan


lagi satu lagu ini..............................................jom layan.....




Cikgu Sari doakan mudah-mudahan satu hari nanti anak-anak Cikgu Sari akan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara yang sangat mereka cintai ini............

Insyaallah..............Amin.

Isnin, November 26, 2012

Isnin, November 19, 2012

Sekitar UPSR 2012 SK Bukit Sentosa

Salam semua....


Entri kali ni Cikgu Sari nak berkongsi kegembiraan anak-anak murid SK Bukit Sentosa yang mendapat keputusan 5A..seramai 30 orang dan 4A 1B...seramai 48 orang.....Tahniah....



tahniah semua....

my belove daughter.....tahniah


tahniah wanie...

tahniah muiz....

Ramai yang tak dapat menahan tangisan kegembiraan termasuklah Cikgu Sari .....

tahniah juga untuk anak Cikgu Sari : Ainin Sofiya yang berjaya mendapat 5A...

memang tak dapat menahan tangisan kegembiraan...


Kepada yang tidak mendapat 5A, jgn putus asa, pjg lagi perjalanan anda semua. Tiada org

 yang minta kerja guna UPSR..tiada org masuk universiti guna UPSR...pastikan di akhirnya 

anda beroleh kejayaan. Jgn lihat bgm kita bermula, tapi lihat bgm ia berakhir...pinjam 

kata-kata Cikgu Liza.....




Ahad, November 18, 2012

Kreativiti Bentuk Dan Ruang



Salam semua....

Entri kali ni Cikgu Sari nak paparkan hasil kreativiti topik bentuk dan ruang ini.....

Jom saksikan......

Cadangan Cikgu Sari : boleh dijadikan aktiviti pengayaan selepas p&p.....



boleh jadikan lori...
rumah kita juga dari bentuk....2D dan 3D



Juga kreativiti sebagai seni........................





Apa lagi......................






Cikgu Sari pasti ramai anak-anak murid kita akan teruja dan seronok melakukan aktiviti ini......Insyaallah.


Sabtu, November 17, 2012

Instrumen PBS Matematik

Salam semua...


Sejak diperkenalkan 2 tahun lepas ramai guru-guru yang masih lagi kabur dengan cara menilai murid melalui PBS. Di sini Cikgu Sari nak kongsi instrumen PBS Matematik Tahun 1........Band 1-6 dengan guru-guru semua...




sayacomel Comel Sangat   6 Pelajar Sekolah rendah yang Comel
jangan ada prejudis dalam menilai mereka....



Semoga dapat dijadikan panduan....nilailah dengan jujur dan ikhlas murid kita....

Merekalah modal insan yang dicita-citakan.......







Sejarah Bentuk dan Ruang


Salam semua...

Entri kali ini Cikgu Sari nak berkongsi sedikit berkaitan sejarah bentuk dan ruang(geometri)...

Apakah dia geometri?

Geometri merupakan salah satu cabang matematik yang melibatkan bentuk, panjang, luas, isipadu dan sebagainya. Komponen-komponen seperti titik, garis lurus dan bulatan antara asas kepada bentuk-bentuk geometri. Perkataan geometri berasal daripada bahasa Yunani di mana geo bermaksud bumi manakala metros adalah untuk mengukur.


  Bidang geometri mula dikesan ketika tamadun Mesir Purba kira-kira 1700 SM. Di mana orang-orang Mesir Purba perlu menyelesaikan masalah sempadan tanah di Sungai Nil. Limpahan air yang berlaku di Sungai Nil telah menyebabkan kekeliruan dalam kalangan tuan tanah. Oleh itu, orang Mesir Purba memerlukan pengetahuan dalam pembinaan sempadan, pengukuran luas dan panjang bagi menangani masalah ini. Selain itu, pembinaan piramid juga melibatkan konsep geometri dari segi bentuk-bentuk batuan yang digunakan dan pengukuran yang tepat.




  Seterusnya, orang Babilon juga adalah yang terawal dalam penggunaan konsep geometri. Di mana mereka berpengetahuan dalam mengira luas dan isipadu. Bermula dengan orang-orang Mesir Purba dan Babilon, bidang geometri telah berkembang ke tamadun lain seperti Yunani, India, China dan Islam. Ini telah membawa kepada penerokaan bidang geometri yang lebih meluas oleh ahli-ahli Matematik seperti Thales, Pythagoras, Plato, Euclid, Archimedes, Thabit ibn Qurra dan lain-lain. Sumbangan mereka inilah yang telah membawa kepada konsep geometri moden yang ada pada hari ini.

Cikgu Sari harap entri ini dapat memberi sedikit gambaran tentang sejarah geometri....bukan apa bidang geometri sangat berkait rapat dengan kehidupan kita dan ianya sangat menarik....


Jom menyanyi.....





Jumaat, November 16, 2012

Dokumen | KSSR | Matematik

Salam.....


Hari ni Cikgu Sari nak berkongsi Dokumen Standard KSSR bagi Tahun 1, Tahun 2 bagi subjek Matematik. Semoga boleh menjadi sumber serta rujukan buat rakan-rakan guru seperjuangan Cikgu Sari. 

KSSR Matematik Tahun 1



KSSR Matematik Tahun2

Untuk subjek seterusnya, Cikgu Sari akan cuba masukkan akan datang. sebab blog ini akan sentiasa cikgu Sari kemaskini untuk berkongsi ilmu yang bermanfaat. 


#Nasihat Cikgu Sari : Jaga diri hiasi peribadi. Gunakan masa yang terluang dengan perkara yang bermanfaat. 


Isnin, November 12, 2012

Dari Kaca Mata : Gambar dan Video


Dari Kaca Mata : Gambar dan Video : Sekitar Hi-Tea SKBS 2012 Salam semua... Cikgu Sari nak kongsi sedikit kegembiraan menghadiri hi-tea yg dianjurkan oleh sekolah Cikgu S...

Selasa, November 06, 2012

Cara Mudah Kuasai Sifir 6 dan 7

Salam semua.....

Entri kali ni Cikgu Sari nak kongsi cara mudah murid kuasai sifir 6 dan 7....memang berbaloiiii sesangat.....thanks pada Cikgu Luv yang berkongsi rahsia ini.....

Semua murid suka menyanyi kan.....especially lagu ini




                                                           Selamat hari jadi
                                                           selamat hari jadi
                                                           selamat hari jadi....
                                                           selamat hari jadi...........

                           ikutlah tune lagu ini.....

                                     sifir 6

                            enam               dua belas      lapan belas

                           dua empat        tiga puluh

                           tiga enam         empat dua

                           empat lapan     lima empat


sifir tujuh pun sama nyanyi ikut tune lagu harijadi jugak.....jom nyanyi....

                                      sifir 7

                          tujuh                patbelas          dua satu

                         dua lapan         tiga lima

                         empat dua        empat semilan

                         lima enam         enam tiga

*ejaan memang camtu sebab nak bagi sebutan senang ikut tune....

Cubalah............insyaallah pasti berkesan....

Cikgu Sari dah amalkan memang berbaloi-baloi tambah-tambah murid kelas belakang......

credit pada cikgu luv...........



Sabtu, November 03, 2012

BENTUK 3 DIMENSI


Salam semua…

Entri ini khusus untuk semua anak-anak murid Cikgu Sari,... jom buat sesi refresh balik apa yang telah kita belajar…..moga menjadi ingatan jangka panjang….

Jugak….untuk rakan-rakan guru sebagai perkongsian bersama..


Cuba  lihat gambar-gambar di bawah.....apa yang ada di fikiran ....








nyum...nyum...nyumm


Sangat dekat....sangat berguna.....sangat sedap....sangat ajaib......sesangat le....

Inilah yang kita hendak renungkan.....JOM.........ikuti...


Inilah Dia Bentuk 3D


Bentuk 3 Dimensi ialah semua bentuk yang melibatkan panjang, lebar dan tinggi.

Ada yang rata, ada yang melengkung, dan ada yang berbucu.........



Jom intai namanya....


SAYA KUBOID




SAYA KON
SAYA PIRAMID



SAYA KUBUS
SAYA SILINDER
SAYA SFERA


Agak-agak boleh ingat tak…..pasti boleh….kan…?

Nak cepat ingat.....nyanyilah boria seperti dalam video sebelum ni….kan best tu..

Hendak seribu daya…………….

Khamis, November 01, 2012

MERIAHNYA SUKAN DAN PERMAINAN SESI PETANG SKBS

Salam semua...

Walaupun telah berlalu lebih kurang sebulan lepas...tetapi Cikgu Sari masih ingat lagi akan kemeriahannya ...

Jom lihat aksi-aksi murid Cikgu Sari bermain.....











Ha...ha.... sekali-sekala lepas tension...apalah salahnya...kan...kan


Tapikan yang tak boleh dilupakan....

La...........sapa pulak punya kasut nihhh..........rasa-rasa cam kenal je...............
punyala semangat sampai tertinggal.......so sweet!


Jangan mare Cikgu Luv k..................

3 D VERSI BORIA

Salam semua...

Kalau tadi kita lihat contoh p&p sekarang kita dengar pulak boria...

Jom nyanyi boria dengan Cikgu Sari....




Mesti murid-murid seronok dan teruja kan...

Ayuh....nyanyi sama-sama..ha..ha..best kan..





CONTOH PENGAJARAN BENTUK DAN RUANG

Salam semua...

Di sini Cikgu Sari ingin berkongsi video pengajaran bentuk dan ruang tahun 2...tq pada guru berkenaan..

Sekadar perkongsian...

Amacam....

Boleh dijadikan rujukan....banyak BBMnya kan...

Selamat Mencuba...



BENTUK DAN RUANG

Salam semua....

Kalau tak dek kerana assigment takdela blog....kan...


Image Detail


Jom kita selami apa itu bentuk dan ruang.....

Bentuk dan Ruang boleh di bahagikan kepada:


a) BENTUK 2 DIMENSI

BENTUK DUA DIMENSI.
Merujuk kepada gambar atau visual dua dimensi. Ia dapat dilihat pada permukaan 180 . Bentuk dua dimensi hanya wujud dalam gambar dan bentuknya tidak dapat disentuh dan dirasa ruangnya. Contoh bentuk dua dimensi ialah catan, foto dan reka bentuk grafik.


b) BENTUK 3 DIMENSI

Merujuk pada benda yang wujud dalam ruangan yang sebenar/nyata. Ia mempunyai isipadu, jisim dan dapat dirasa dan disentuh. Bentuk tiga dimensi terbahagi kepada dua jenis iaitu bentuk yang dapat dilihat dari pelbagai sudut (360 ) dan bentuk timbul (relief). Contoh karya seni yang mempunyai bentuk 3 dimensi ialah arca, anyaman rotan dan ukiran kayu. 

CARA MUDAH KUASAI SIFIR 8 DAN 9

Salam semua..

Cikgu Sari nak share sikit cara-cara mudah untuk murid kita kuasai sifir 8 dan 9....

Jom ikut....insyaallah murid senang ingat....

sifir 8

0       8     
1       6
2       4
3       2
4       0

4       8
5       6
6       4
7       2
8       0

Caranya:  lajur yang pertama tulis 0 - 4 dan 4 - 8 secara berturutan ke bawah dan kemudian lajur yang   kedua pulak dari bawah ke atas tulis gandaan 2 bermula 0 - 8 dan ulang semula 0 - 8
Cubalah...kesannya pasti menakjubkan...

sifir 9

0      9
1      8
2      7
3      6
4      5
5      4
6      3
7      2
8      1
9      0

Caranya : lajur yang pertama tuliskan 0 - 9 ke bawah. Lajur yang kedua pulak dari bawah ke atas tulis 0 - 9 ke atas. nah terhasillah sifir 9.

.....APA TUNGGU LAGI....jom amalkan

Jugak amalkan untuk anak-anak kita....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...