Hari ni begitu penat kaki melangkah melayan karenah anak2......
Satu tempat yang sungguh sesuai dan menarik untuk anak-anak kita melayar impian mereka di masa depan....
Di sini.....
Cikgu Sari pasti rakan-rakan semua sememangnya telah tahu....jomla layan sedikit info.....
KidZania Kuala Lumpur merupakan pusat hiburan keluarga tertutup yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia. Bersebelahan dengan IKEA dan berhadapan dengan Tesco. Taman tema ini menawarkan pembelajaran interaktif dan pengalaman dalam hiburan untuk kanak-kanak di dalam bandar yang bersaiz kecil. Pengalaman berada di sini adalah seperti kehidupan sebenar yang memperkasa, memberi inspirasi dan mendidik anak-anak kecil dalam melakukan pekerjaan di dalamnya.
Para pengunjung berpeluang untuk memilih sebuah pertubuhan seperti hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesyen radio, studio televisyen, teater dan lain-lain. Kanak-kanak akan diberi pilihan untuk memilih satu pekerjaan yang terdiri daripada lebih 90 pekerjaan yang berlainan di 59 pertubuhan yang berlainan. Mereka juga boleh menjadi pakar bedah, ahli bomba, wartawan, juruterbang, mekanik, model, doktor, pelukis dan pelakon serta banyak lagi.
Pada musim cuti sekolah ni diadakan dua sesi iaitu:
1. pukul 10.00 - 3.00 ptg
2. pukul 3.00 - 9.00 mlm
Bayaran Masuk mengikut kategori :
Kategori | Kewarganegaraan | Bayaran | Nota |
---|---|---|---|
Bayi | Warganegara | Percuma | Kategori ini adalah dalam linkungan umur 0-1 tahun |
Bukan Warganegara | |||
Kanak-kanak | Warganegara | RM 35 | Kategori ini adalah dalam linkungan umur 2-3 tahun |
Bukan Warganegara | |||
Praremaja | Warganegara | RM 55 | Kategori ini adalah dalam linkungan umur 4-17 tahun |
Bukan Warganegara | RM 75 | ||
Dewasa | Warganegara | RM 35 | Kategori ini adalah dalam linkungan umur 18-59 tahun |
Bukan Warganegara | RM 50 | ||
Warga Emas | Warganegara | RM 30 | Kategori ini adalah dalam linkungan umur 60 dan ke atas |
Bukan Warganegara |
Bayarannya hmmm....agak mahal sedikit tapi berbaloi-baloilah....sesekali untuk keseronokan anak-anak apalah salahnyakannnnnn :
* Tiket boleh dibeli secara online ataupun walk-in.
Saksikan gelagat anak2 Cikgu Sari..............
kemain suka lagi my boy ni..... |
ramai orang tak kak?
BalasPadamramai gila faiz....anak2 akak x dapat masuk semua....rasa ralat jugak...tapi dia ada offer tuk bln 1 hingga 2 saja pada yang pegi ni....20% kalau gi kali ke 2.
BalasPadamtempat baru dan masih hot tu yg ramai je.
BalasPadamsy gi hari sekolah lagi ramai...
wow...sampai gak ya......anak2 aku bilalah agaknya nak sampai.....
BalasPadamwei....aku ingat hang dah pi.....hang x dak masalah satja sampaila.....
BalasPadamBaguih jugak untk anak-anak.Belajar sambil bergembira tapi...hmm boleh tahan byarannya.
BalasPadamyati: memang baguih...sesangat
BalasPadam