Selasa, Disember 04, 2012

RPH Tajuk Ruang : Bentuk 3D



Salam semua...

Cikgu Sari nak kongsi rph yang dibuat sewaktu menjalankan pengajaran makro tempohari......

Wassily Kandinsky's 146th Birthday. Courtesy of the Estate of Wassily Kandinsky / ARS.











RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TARIKH    : 30 Oktober 2012                                                                                             
MASA      : 30 minit
KELAS    : 2 Dahlia                                                                                                                        
BIL. MURID : 35 orang
MATA PELAJARAN : Matematik
TAJUK                    : Ruang.
                               13.1 Mengenal pasti bentuk tiga dimensi.
OBJEKTIF               : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1.                 mengenal pasti dan menyebut bentuk-bentuk tiga dimensi.
2.                 Menyatakan ciri-ciri bentuk dimensi.
PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1.       Murid selalu menggunakan bentuk-bentuk tiga dimensi di sekeliling dan dalam permainan seperti  bola, guli, baton, buah dadu, kotak kasut, kotak tisu,botol air, tin minuman, topi hari jadi, tong keropok dan aiskrim.
2.       Murid telah belajar dan mengenal bentuk bulat, segiempat dan segitiga semasa di tahun satu.
KONSEP :  Bentuk tiga dimensi, bentuk dua dimensi dan pepejal.
BAHAN                   : Model 3 dimensi, objek yang menyerupai bentuk 3 dimensi, puppet, carta,      kad perkataan dan lembaran kerja.
NILAI                      : Kerjasama, fokus, berhati-hati, dan berani.
KEMAHIRAN           : membanding dan membeza, mengira.




LANGKAH/MASA

ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
(3 minit)

Pengenalan tajuk.
Konsep bentuk tiga dimensi.

1.       Guru menunjukkan bentuk-bentuk tiga dimensi yang ada di sekeliling seperti kotak tisu, tin minuman, buah dadu, bola dan topi harijadi kepada murid.
2.       Guru menjana idea murid untuk menyatakan tajuk pelajaran pada hari tersebut iaitu bentuk tiga dimensi (3D shapes).
                                              

1.       Murid melihat objek-objek yang ditunjukkan oleh guru dan memberi maklumbalas.
2.       Murid menyatakan tajuk pelajaran berdasarkan soalan rangsangan dari guru.


Langkah 1
(10 minit)

































 Langkah 2
(8 minit)

Bentuk-bentuk tiga dimensi dan ciri-cirinya.
Contoh: kubus.



Kuboid:
-6 permukaan rata berbentuk segiempat tepat.

Kon:
-1 permukaan rata berbentuk bulatan.
- 1 permukaan melengkung

Sfera:
-1 permukaan melengkung.
-Boleh bergolek

Silinder:
-2 permukaan rata berbentuk bulatan.
- 1 permukaan melengkung.
-Boleh berguling.

Piramid:
-4 permukaan rata berbentuk segitiga.
 -1 permukaan rata berbentuk segiempat sama.





Aktiviti Kelas/Kumpulan.












1.       Guru menerangkan bentuk-bentuk tiga dimensi dengan menggunakan konsep “puppet show”.

2.       Contohnya :
“Hai, saya adalah kubus. Saya mempunyai 6 permukaan rata. Permukaan rata saya berbentuk segiempat sama.Seronok dapat berkenalan dengan kamu”.
3.       Guru meneruskan “puppet show” dengan bentuk tiga dimensi yang lain iaitu kuboid, kon, sfera, silinder dan piramid.
4.       Guru menyuruh murid menyebut semula dan mengeja bentuk-bentuk 3D yang diterangkan.
5.       Guru menunjukkan dan menerangkan bentuk 3D mempunyai ruang yang boleh diisi dan boleh disebut sebagai pepejal.















1.       Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan iaitu A dan B.
2.       Guru meminta  murid daripada kumpulan A mengambil 1 bentuk 3D dan murid kumpulan B akan menamakan bentuk dan melekatkannya pada carta.

3.       Guru menyuruh murid lain dalam kumpulan B tersebut  menyatakan ciri-ciri pada bentuk tersebut.
4.       Guru mengulangi dengan bentuk 3D lain secara berselang seli sehingga habis.


1.       Murid mendengar penerangan guru secara “puppet show”.



2.       Murid memberi maklum balas kepada guru dan menyebut semula bentuk yang diperkenalkan oleh guru tadi iaitu kubus.




3.       Murid mendengar penerangan guru yang seterusnya dan menyebut bentuk yang diperkenalkan.

4.       Murid menyebut dan mengeja bentuk-bentuk 3D.




5.       Murid mendengar penerangan guru.












1.       Murid duduk dalam kumpulan.



2.       Seorang murid kumpulan A mengambil 1 bentuk 3D manakala seorang murid kumpulan B menamakan bentuk tersebut dan melekatkannya pada carta.
3.       Murid lain dari kumpulan B akan menyatakan ciri-ciri bentuk tersebut.


4.       Murid mengulang aktiviti sehingga habis.


Langkah 3
(7 minit)
Latihan/Penilaian murid dengan lembaran kerja.
1.       Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
2.       Guru memberi arahan kepada murid untuk menjawab soalan dalam masa 7 minit.
1.       Murid mengambil lembaran kerja.
2.       Murid mendengar arahan guru dan menjawab soalan dalam masa 5 yang ditentukan.
Penutup
(2 minit)

Kesimpulan.
Bentuk 3D juga disebut pepejal dan merupakan cantuman bentuk-bentuk 2D.
1.       Guru memandu murid membuat kesimpulan. Bentuk 3D ialah kubus, kuboid, kon, sfera, silinder dan piramid. Ia juga disebut pepejal kerana mempunyai ruang dan ia adalah cantuman beberapa bentuk 2D.
1.       Murid membuat kesimpulan dengan dibimbing oleh guru.






Yang baik daripada Allah....yang buruk adalah kelemahan Cikgu Sari sendiri....boleh buat penambahbaikkan  untuk digunakan bersama....

Daaaaaaaaa.....

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...