Rabu, Disember 12, 2012

Cuti-cuti Malaysia

Salam semua...

Hari ni begitu penat kaki melangkah melayan karenah anak2......

Satu tempat yang sungguh sesuai dan menarik untuk anak-anak kita melayar impian mereka di masa depan....


Di sini.....


Cikgu Sari pasti rakan-rakan semua sememangnya telah tahu....jomla layan sedikit info.....

KidZania Kuala Lumpur merupakan pusat hiburan keluarga tertutup yang terletak di Mutiara DamansaraPetaling JayaMalaysia. Bersebelahan dengan IKEA dan berhadapan dengan Tesco. Taman tema ini menawarkan pembelajaran interaktif dan pengalaman dalam hiburan untuk kanak-kanak di dalam bandar yang bersaiz kecil. Pengalaman berada di sini adalah seperti kehidupan sebenar yang memperkasa, memberi inspirasi dan mendidik anak-anak kecil dalam melakukan pekerjaan di dalamnya.


Para pengunjung berpeluang untuk memilih sebuah pertubuhan seperti hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesyen radio, studio televisyen, teater dan lain-lain. Kanak-kanak akan diberi pilihan untuk memilih satu pekerjaan yang terdiri daripada lebih 90 pekerjaan yang berlainan di 59 pertubuhan yang berlainan. Mereka juga boleh menjadi pakar bedah, ahli bomba, wartawan, juruterbang, mekanik, model, doktor, pelukis dan pelakon serta banyak lagi.


Pada musim cuti sekolah ni diadakan dua sesi iaitu:
1. pukul 10.00 - 3.00 ptg
2. pukul 3.00 - 9.00 mlm

Bayaran Masuk mengikut kategori :
KategoriKewarganegaraanBayaranNota
BayiWarganegaraPercumaKategori ini adalah dalam linkungan umur 0-1 tahun
Bukan Warganegara
Kanak-kanakWarganegaraRM 35Kategori ini adalah dalam linkungan umur 2-3 tahun
Bukan Warganegara
PraremajaWarganegaraRM 55Kategori ini adalah dalam linkungan umur 4-17 tahun
Bukan WarganegaraRM 75
DewasaWarganegaraRM 35Kategori ini adalah dalam linkungan umur 18-59 tahun
Bukan WarganegaraRM 50
Warga EmasWarganegaraRM 30Kategori ini adalah dalam linkungan umur 60 dan ke atas
Bukan Warganegara

Bayarannya hmmm....agak mahal sedikit tapi berbaloi-baloilah....sesekali untuk keseronokan anak-anak apalah salahnyakannnnnn :

* Tiket boleh dibeli secara online ataupun walk-in.

Saksikan gelagat anak2 Cikgu Sari..............








kemain suka lagi my boy ni.....















Semoga bergembira...............

7 ulasan:

  1. ramai gila faiz....anak2 akak x dapat masuk semua....rasa ralat jugak...tapi dia ada offer tuk bln 1 hingga 2 saja pada yang pegi ni....20% kalau gi kali ke 2.

    BalasPadam
  2. tempat baru dan masih hot tu yg ramai je.
    sy gi hari sekolah lagi ramai...

    BalasPadam
  3. wow...sampai gak ya......anak2 aku bilalah agaknya nak sampai.....

    BalasPadam
  4. wei....aku ingat hang dah pi.....hang x dak masalah satja sampaila.....

    BalasPadam
  5. Baguih jugak untk anak-anak.Belajar sambil bergembira tapi...hmm boleh tahan byarannya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...