“KEBERKESANAN MODEL METHOD DALAM PENYELESAIAN
MASALAH DARAB DAN BAHAGI
TAHUN 2”
|
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
1.0
Pendahuluan
Metodologi kajian merupakan kaedah dan
teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data sebagai bukti bagi
menyokong rumusan kajian yang dilakukan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
metodologi membawa maksud sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau
disiplin. Tujuan metodologi adalah untuk membantu dengan lebih terperinci lagi
tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.
Aspek reka bentuk kajian terdiri daripada pendekatan kajian, persampelan
kajian, cara pengumpulan data, teknik memproses data dan penulisan laporan.
Reka bentuk kajian pada asasnya terbahagi kepada bentuk kuantitatif dan
kualitatif.
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan
untuk mengkaji keberkesanan Model Method dalam penyelesaian masalah darab dan bahagi murid tahun dua di SK Bukit
Sentosa, Rawang. Bab ini, menggariskan bagaimana kajian dijalankan yang
merangkumi reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kesahan
instrumen, kajian rintis, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisaan
data.
2.0
Rekabentuk Kajian
Reka bentuk kajian adalah satu kaedah yang
dibina untuk mendapatkan maklumat bagi menjawab persoalan kajian yang dibina.
Menurut Rodney, L.C (1997) menyatakan bahawa reka bentuk kajian adalah
bertujuan untuk mencari maklumat bagi mencapai sesuatu matlamat penyelidikan.
Matlamat penyelidikan bagi kajian ini adalah berdasarkan persoalan kajian serta
objektif yang hendak dicapai. Mohd Najib (1999) menyatakan bahawa reka bentuk
kajian memenuhi dua fungsi utama iaitu mewujudkan keadaan untuk perbandingan
yang diperlukan oleh persoalan kajian dan membolehkan penggunaan analisis
statistik data untuk membuat interpretasi tentang kepentingan kajian.
Reka bentuk kajian yang digunakan dalam
kajian ini adalah kajian kuantitatif. Pendekatan ini memerlukan pengkaji
menggunakan pengiraan statistik untuk membuat pengolahan data. Melalui
pendekatan kuantitatif, persoalan kajian boleh dijelaskan dalam bentuk numerik.
Hasil dapatan daripada kajian ini boleh dihuraikan dalam bentuk perkiraan yang
merangkumi nombor dan juga formula-formula yang tertentu. Pendekatan berbentuk
kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk item ujian iaitu
ujian pra dan ujian pos .
Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi
eksperimen yang melibatkan dua kumpulan kelas Tahun 2. Satu kumpulan akan
mewakili kumpulan kawalan (KK) dan satu kumpulan lagi akan mewakili kumpulan
rawatan (KR). Bagi menjalankan kajian kuasi eksperimen ini, pengkaji memilih
dua kelas yang sedia ada di sekolah. Kumpulan kawalan merupakan kumpulan murid
yang menerima pembelajaran penyelesaian masalah darab dan bahagi nombor menggunakan
kaedah konvensional sementara kumpulan rawatan pula ialah kumpulan murid yang
didedahkan dengan penggunaan Model Method bagi menyelesaikan soalan berbentuk
penyelesaian masalah darab dan bahagi nombor ini. Menurut Azizi Yahaya et al.
(2007), kumpulan rawatan biasanya menerima atau mengalami satu layanan baru
yang sedang dalam kajian, sementara kumpulan kawalan menerima layanan yang
berbeza atau dibekalkan dalam bentuk biasa.
Kedua-dua kumpulan tersebut diberi ujian
pra dan ujian pos sebelum dan selepas kajian dijalankan. Walaupun pemilihan
sampel tidak dilakukan secara rawak tetapi pengkaji telah mengenalpasti bahawa
sampel bagi kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai kebolehan pencapaian yang
hampir sama berdasarkan peperiksaan akhir tahun 2014. Hal ini kerana, menurut
Campbell & Stanley (1996), reka bentuk kuasi eksperimen adalah melibatkan
dua kumpulan yang setara.
Reka bentuk kuasi eksperimen ini dipilih
untuk mengenalpasti perbezaan pencapaian dalam tajuk penyelesaian masalah darab
dan bahagi bagi kedua-dua kumpulan, iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan. Di dalam reka bentuk kuasi eksperimen ini terdapat dua pemboleh ubah
yang dikaji, iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tak bersandar
(bebas). Pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini ialah pencapaian markah dalam
tajuk penyelesaian masalah darab dan bahagi nombor yang diperoleh melalui ujian
pra dan ujian pos manakala pembolehubah tak bersandar pula ialah kaedah
pembelajaran dengan menggunakan Model Method dan kaedah konvensional. Menurut
Azizi Yahaya et al. (2007), satu bahagian persekitaran yang dimanipulasi adalah
pemboleh ubah tak bersandar, manakala kesan tingkah laku manipulasi adalah
pembolehubah bersandar, iaitu apa yang diukur.
Dalam kajian ini, kumpulan kawalan
digunakan untuk melihat sebarang perubahan dalam min skor pencapaian bagi ujian
pos apabila rawatan diberikan kepada kumpulan rawatan. Reka bentuk kajian kuasi
eksperimen adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 di bawah :
Subjek
|
Kumpulan
|
Ujian-Pra
|
Pembolehubah Bersandar
(Rawatan)
|
Ujian-Pos
|
Borang Soal Selidik
|
R
|
KR
|
T1
|
X
|
T2
|
T3
|
R
|
KK
|
T1
|
T2
|
Jadual 3.1: Reka bentuk Kajian Kuasi Eksperimen
Nota:
R - Pemilihan subjek
adalah secara rawak
KR - Kumpulan Rawatan
KK - Kumpulan Kawalan
X - Pembelajaran
menggunakan Model Method
T1 - Ujian Pra
T2 - Ujian Pos
T3 - Borang Soal Selidik
1.0
Populasi dan Persampelan
Menurut Sugiano (2006), populasi adalah
wilayah generalisasi yang mempunyai kualiti dan ciri-ciri tertentu yang
ditetapkan oleh pengkaji untuk dipelajari dan kemudian digunakan untuk membuat
kesimpulan. Sampel pula adalah sebahagian daripada jumlah yang dimiliki oleh
populasi tersebut. Seseorang pengkaji tersebut tidak mungkin dapat mengkaji
keseluruhan sesuatu populasi. Oleh itu, sampel kajian diperlukan bagi membantu
pengkaji untuk membuat kesimpulan bagi sesuatu populasi.
Populasi yang diambil dalam kajian ini
adalah murid Tahun 2 di SK Bukit Sentosa, Rawang. Bagi pemilihan sampel kajian
pula, pengkaji memilih dua kelas Tahun 2 yang terdiri daripada 60 orang murid
lelaki dan perempuan yang mempunyai pencapaian yang hampir sama. 30 orang murid
dikelompokkan dalam kumpulan kawalan manakala 30 orang murid lagi dikelompokkan
dalam kumpulan rawatan. Taburan responden
ditunjukkan pada Jadual 3.2 di bawah.
Kelas
|
Kekerapan
|
Peratus,%
|
Kawalan
|
30
|
50
|
Rawatan
|
30
|
50
|
Jumlah
|
60
|
100
|
Jadual 3.2: Taburan Responden Berdasarkan Kumpulan
Rasional pemilihan sampel seramai 60 orang
bagi kajian ini adalah berdasarkan pendapat Majid Konting (2005) yang
menyatakan sampel kajian yang sekurang-kurangnya terdiri daripada 30 orang
responden sudah mencukupi untuk menjalankan kajian. Mohd Najib (1999)
berpendapat lebih besar peratusan sampel daripada populasi adalah lebih baik
kerana penyelidik mempunyai lebih kemungkinan untuk memilih sampel yang
mempunyai ciri-ciri populasi.
2.0
Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan oleh
pengkaji di dalam kajian ini antaranya :
i.
Soalan ujian pra dan ujian pos.
ii.
Set soal selidik.
iii.
Pemerhatian.
Instrumen yang pertama ialah set soalan
matematik. Set soalan matematik
terbahagi kepada dua iaitu Ujian Pra(Lampiran A) dan Ujian Pos(Lampiran B). Keputusan murid daripada soalan ini adalah
untuk membandingkan pencapaian murid kumpulan rawatan (KR) dan murid kumpulan
kawalan (KK) dan seterusnya menganalisis keberkesanan kaedah Model Method yang
digunakan.
Instrumen yang kedua pula ialah satu set
soal selidik(Lampiran C). Set soal
selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan minat murid terhadap
matematik selepas pengajaran Model Method. Set soal selidik ini hanya diberikan
kepada murid kumpulan rawatan sahaja (KR).
Instrumen ketiga pula ialah melalui
pemerhatian guru(Lampiran D).
Pemerhatian ini dilakukan sebanyak tiga kali dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran yang berbeza. Instrumen ini adalah untuk menilai keberkesanan
kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru dan mengenal pasti amalan
pembelajaran murid, serta menilai peningkatan minat dan kesungguhan murid dalam
menyelesaikan masalah pembelajaran.
3.0
Kesahan Instrumen
Menurut Naimah (2012) menyatakan bahawa kesahan merujuk kepada
sesuatu yang bererti dan berguna yang disimpulkan daripada skor ujian. Skor
adalah konsep yang penting dalam konteks pengukuran konstruk ataupun gagasan
seperti sikap, motivasi, persepsi, kecergasan dan pencapaian. Apabila seseorang
penyelidik telah berjaya menghasilkan
dan membina instrumen bagi mengukur data yang sepatutnya diukur, hasil kajian
itu dianggap baik dan sesuai untuk dijalankan dan borang soal selidik bolehlah
diedar berdasarkan pendapat Azizi Yahaya et al. (2006) dalam kajian mereka yang
bertajuk ‘Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan’.
4.0
Kajian Rintis
Bagi mendapatkan kesahan dan
kebolehpercayaan dalam kajian ini, kajian rintis digunakan. Kajian ini mirip
kepada kajian sebenar tetapi jumlah responden tidak mengikut jumlah responden
sebenar. Menurut David (2011), fungsi kajian rintis ini ke atas soal selidik
adalah bagi menyemak kejelasan dari segi aspek-aspek, arahan dan susun atur
soal selidik tersebut. Ia juga bagi mendapat maklum balas tentang kesahan dan
kebolehpercayaan terhadap aspek-aspek soal selidik. Bagi menjalankan kajian
rintis ini saya telah memilih seramai 10 orang responden dari kelas Tahun 2 Cempaka
yang tidak terlibat dalam kajian ini, dan instrumen kajian yang sama digunakan.
5.0
Tatacara Pengumpulan Data
Prosedur pengumpulan data dikategorikan kepada sebelum
dan semasa kajian dijalankan. Semasa kajian dijalankan kelak, pengkaji akan
menuruti prosedur pengumpulan data iaitu dimulai dengan ujian pra yang ditadbir
sebelum mengajar tajuk penyelesaian masalah darab dan bahagi bagi murid-murid
Tahun 2 yang terlibat. Ini diikuti dengan ujian pos yang akan diedarkan tiga
hari selepas mengajar tajuk penyelesaian masalah darab dan bahagi Tahun 2. Untuk
sesi yang seterusnya, murid daripada kumpulan rawatan (KR) diminta menjawab
borang soal selidik yang disediakan bagi melihat tahap minat murid terhadap
soalan penyelesaian masalah darab dan bahagi selepas diperkenalkan dengan Model
Method.
6.0
Tatacara Penganalisisan Data
Pengkaji memerlukan dua set instrumen yang
akan diguna pakai apabila hendak menulis laporan terakhir kajian. Murid akan
dikehendaki menjawab kedua-dua set instrumen secara bertulis. Pertama, pengkaji
akan memastikan semua murid menjawab soalan-soalan ujian pra dan ujian pos. Penilaian
dibuat ke atas jawapan murid dan disemak berdasarkan skema jawapan yang telah
disediakan. Keputusan ujian pra dan ujian pos akan dianalisis dengan
membandingkan min pencapaian murid bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.
Data-data daripada ujian pra dan ujian pos
serta data daripada borang soal selidik akan dianalisis berdasarkan ujian
statistik dan statistik deskriptif. Analisis statistik merupakan satu prosedur
untuk mengukur dan menerangkan data kuantitatif (Wiersma, 2000). Menurut Azizi
et al. (2007) pula, analisis statistik digunakan untuk menghuraikan ataupun
membuat ringkasan pada maklumat atau pun data yang diperoleh. Kemudian
data-data yang diperolehi nanti akan dianalisis dengan menggunakan perisisan
SPSS (Statistic Package for Social Science) dan mengikut prosedur berikut :
a)
Perbezaan markah ujian pra dan ujian pos bagi setiap murid akan dicari untuk kumpulan kawalan dengan menggunakan ujian
t.
b)
Min skor kesukaran item soalan akan digunakan untuk mengetahui tahap soalan penyelesaian masalah darab dan bahagi.
7.0
Rumusan
Sebagai kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa dalam bab
ini, pengkaji telah membincangkan dan menghuraikan tentang penggunaan reka
bentuk kajian, populasi dan persampelan serta instrumen kajian. Pengkaji juga
telah membincangkan cara pengumpulan data dan penganalisaan data yang
dilakukan. Data-data yang akan dikutip diharapkan dapat membantu penyelidikan
untuk membuat kajian tentang keberkesanan penggunaan Model Method dalam tajuk
penyelesaian masalah darab dan bahagi terhadap pencapaian murid Tahun 2. Selain
itu, data ini akan menjadi panduan kepada para pendidik untuk merancang strategi
pengajaran dan pembelajaran penyelesaian masalah darab dan bahagi dengan lebih
baik. Diharap bab ini dapat menjelaskan keseluruhan metodologi kajian dengan baik.
Rujukan
Ee Ah Meng. (1998). Pengujian dan Penilan, Pemulihan, Pengayaan dan
Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman
Erickson, D.K.(2000). A Problem-based Approach To Mathematics
Instruction. Mathematics Teacher. 92
(6):516-521.
Hassan Pardi. (1998). Pola kesilapan murid tahun 3 menyelesaikan
masalah bercerita dalam matematik:
satu kajian kes. Tesis M.Ed., Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Noor Shah Saad.(2005). Pengajaran Matematik Sekolah Rendah &
Menengah: Teori dan Pengkaedahan:
Petaling Jaya:Harmoni Publication & Distributors Sdn Bhd
Diambil pada 19 April 2015 daripada http://math.nie.edu.sg/ame/matheduc/tme/tmeV6_2/05-Yan%20KC%20Final%20version.pdf
Mohammad Najib Abdul Ghafar.(1999). “Penyelidikan Pendidikan”.1st Edition.
Johor Bahru:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Majid Konting. (1993). “Penyelidikan Pendidikan”. Johor Bahru :
Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.