Jumaat, Disember 28, 2012

Aku dan Hobiku

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Semua orang ada hobi masing-masing...ya tak. Cikgu Sari nak berkongsi sedikit hobi yang telah lama menguasai diri ....sejak zaman tok nadok dulu....he..he...sekolahla....


apalagi membacala..... cer teka apa?... dah tentu novel.........tah le memang x boleh nak tinggal walaupun dah nak masuk warga 40-an( ya ke....eh..belum3x).

Dah bertimbun novel kat umah...kadang2 tu kena marah dgn cik suami..... asyik2 beli novel je....dah tu kalau dapat novel asyik ngadap je....selagi x habis selagi tula rasa x kena.....sanggup telaah sampai ke pukul 2-3 pagi......

nak tanya sikit : kalau belajar sampai mcm tu ke????....sendiri mau ingatle..


ha korang nak tau tak....dalam dok nak peksa ni sempat lagi Cikgu Sari layan 2 buah novel....
semalam selesai satu...


                                                       ....sangat best novel ni...jom review
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex

“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir
“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?
























pagi tadi  selesai....satu lagi....


NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak s

angat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik N
awwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!



Membaca jambatan ilmu......jadi silalah baca ....ambil teladan jadikan sempadan.....ehmmm betul ke???


Newey....lusa nak peksa blm baca betul2 lagi....apa nak jawab....tenyeh jela....ok ke????

SELAMAT MEMBACA.

p/s.... boleh dapatkan stok kat MPH bookstore, popular....AEON rawang ada, selayang mall ade....nak pinjam kat library cikgu sari pun boleh....he..he...

2 ulasan:

  1. kita berkongsi hobi yang sama. hehe.
    modul KRT tak habis lagi ni.. huhu

    BalasPadam
  2. samala...faiz teror jugakla, lagipun otak kira fresh lagik....akak ni...hmmmm tahle...tenyehje la apa yang patut2

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...