Salam 1 Malaysia....
Cikgu Sari rasa terpanggil untuk berkongsi soalan KRT yang diberikan oleh salah seorang rakan tadi....dan sudah tentunya rakan-rakan semua tengah pulun dok study untuk exam esok....
Jomlah sama2 tengok soalan spot ni.....hmmmm mudah2an esok ada yang kena....he...he....
soalan KRT aneka pilihan
Jawapan yang Cikgu Sari buat :
1. 4
2. 1
3. 3
4. 3
5. 3
6. 1
7. 3
8. 1
9. 2
10. 3
11. 1
12. 4
13. 4
14. 3
15. 4
Kalau ada yang x betul...jom sama2 betulkan....
Cikgu Sari doakan kita semua dipermudahkan dan dapat menjawab soalan esok dengan baik....
Insyaallah.....Aminnn.
Sabtu, Disember 29, 2012
Jumaat, Disember 28, 2012
Aku dan Hobiku
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....
Semua orang ada hobi masing-masing...ya tak. Cikgu Sari nak berkongsi sedikit hobi yang telah lama menguasai diri ....sejak zaman tok nadok dulu....he..he...sekolahla....
apalagi membacala..... cer teka apa?... dah tentu novel.........tah le memang x boleh nak tinggal walaupun dah nak masuk warga 40-an( ya ke....eh..belum3x).
Dah bertimbun novel kat umah...kadang2 tu kena marah dgn cik suami..... asyik2 beli novel je....dah tu kalau dapat novel asyik ngadap je....selagi x habis selagi tula rasa x kena.....sanggup telaah sampai ke pukul 2-3 pagi......
nak tanya sikit : kalau belajar sampai mcm tu ke????....sendiri mau ingatle..
ha korang nak tau tak....dalam dok nak peksa ni sempat lagi Cikgu Sari layan 2 buah novel....
semalam selesai satu...
pagi tadi selesai....satu lagi....
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak s
angat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik N
awwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!
Membaca jambatan ilmu......jadi silalah baca ....ambil teladan jadikan sempadan.....ehmmm betul ke???
Newey....lusa nak peksa blm baca betul2 lagi....apa nak jawab....tenyeh jela....ok ke????
SELAMAT MEMBACA.
p/s.... boleh dapatkan stok kat MPH bookstore, popular....AEON rawang ada, selayang mall ade....nak pinjam kat library cikgu sari pun boleh....he..he...

Rabu, Disember 26, 2012
myMetro | Rahsia hilang mengantuk
Salam semua....
ha...ha...ha...
musim peperiksaan menjelang tiba....saya terbaca satu artikel yang boleh kita kongsi bersama...
Apalagi jomla layan....moga2 dapat membantu cikgu-cikgi study vs stido....hmmmmm
myMetro | Rahsia hilang mengantuk
Bermanfaat bukan....

Isnin, Disember 24, 2012
Info Sihat
Salam uols.....
Rasanya semua orang nak cantik, sihat, dan ceria kan....
Jomla share beberapa info yang bermanfaat untuk diamalkan...
Tahu tak?
Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Epal hijau mengandungi:
- zat besi
- magnesium
- potasium
- kalsium
- soldium
- vitamin C
- vitamin A
- vitamin B
- serta merupakan sumber serat yang mudah larut.
Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah:
•Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
•Mengurangkan risiko penyakit jantung.
•Membantu kesihatan membran paru-paru.
•Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron)...
Apalagi jomla amalkan....senang, mudah, murah dan menyihatkan.....
Rabu, Disember 12, 2012
Cuti-cuti Malaysia
Salam semua...
Hari ni begitu penat kaki melangkah melayan karenah anak2......
Satu tempat yang sungguh sesuai dan menarik untuk anak-anak kita melayar impian mereka di masa depan....
Di sini.....
Cikgu Sari pasti rakan-rakan semua sememangnya telah tahu....jomla layan sedikit info.....
KidZania Kuala Lumpur merupakan pusat hiburan keluarga tertutup yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia. Bersebelahan dengan IKEA dan berhadapan dengan Tesco. Taman tema ini menawarkan pembelajaran interaktif dan pengalaman dalam hiburan untuk kanak-kanak di dalam bandar yang bersaiz kecil. Pengalaman berada di sini adalah seperti kehidupan sebenar yang memperkasa, memberi inspirasi dan mendidik anak-anak kecil dalam melakukan pekerjaan di dalamnya.
Para pengunjung berpeluang untuk memilih sebuah pertubuhan seperti hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesyen radio, studio televisyen, teater dan lain-lain. Kanak-kanak akan diberi pilihan untuk memilih satu pekerjaan yang terdiri daripada lebih 90 pekerjaan yang berlainan di 59 pertubuhan yang berlainan. Mereka juga boleh menjadi pakar bedah, ahli bomba, wartawan, juruterbang, mekanik, model, doktor, pelukis dan pelakon serta banyak lagi.
Pada musim cuti sekolah ni diadakan dua sesi iaitu:
1. pukul 10.00 - 3.00 ptg
2. pukul 3.00 - 9.00 mlm
Bayaran Masuk mengikut kategori :
Bayarannya hmmm....agak mahal sedikit tapi berbaloi-baloilah....sesekali untuk keseronokan anak-anak apalah salahnyakannnnnn :
* Tiket boleh dibeli secara online ataupun walk-in.
Saksikan gelagat anak2 Cikgu Sari..............
Semoga bergembira...............

Kategori | Kewarganegaraan | Bayaran | Nota |
---|---|---|---|
Bayi | Warganegara | Percuma | Kategori ini adalah dalam linkungan umur 0-1 tahun |
Bukan Warganegara | |||
Kanak-kanak | Warganegara | RM 35 | Kategori ini adalah dalam linkungan umur 2-3 tahun |
Bukan Warganegara | |||
Praremaja | Warganegara | RM 55 | Kategori ini adalah dalam linkungan umur 4-17 tahun |
Bukan Warganegara | RM 75 | ||
Dewasa | Warganegara | RM 35 | Kategori ini adalah dalam linkungan umur 18-59 tahun |
Bukan Warganegara | RM 50 | ||
Warga Emas | Warganegara | RM 30 | Kategori ini adalah dalam linkungan umur 60 dan ke atas |
Bukan Warganegara |
Bayarannya hmmm....agak mahal sedikit tapi berbaloi-baloilah....sesekali untuk keseronokan anak-anak apalah salahnyakannnnnn :
* Tiket boleh dibeli secara online ataupun walk-in.
Saksikan gelagat anak2 Cikgu Sari..............
kemain suka lagi my boy ni..... |
Rabu, Disember 05, 2012
Jom Ulangkaji KRT3013
Salam semua....
Exam akhir KRT3013 akan diadakan pada 30/12/12.........Jom buat sesi ulangkaji.....Thanks pada anda
yang share nota .....Jasamu dikenang....
unit 1
unit 2
unit 3
unit 4
unit 5
unit 6
unit 7
unit 8
unit 9
unit 10
Semoga kita akan dipermudahkan menjawab soalan nanti.............Aminnnnnn.
Selasa, Disember 04, 2012
RPH Tajuk Ruang : Bentuk 3D
Salam semua...
Cikgu Sari nak kongsi rph yang dibuat sewaktu menjalankan pengajaran makro tempohari......
RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
TARIKH : 30 Oktober 2012
MASA : 30 minit
KELAS : 2 Dahlia
BIL. MURID : 35 orang
MATA PELAJARAN : Matematik
TAJUK : Ruang.
13.1 Mengenal pasti bentuk tiga dimensi.
OBJEKTIF : Di akhir pengajaran dan pembelajaran
murid dapat :
1.
mengenal pasti dan menyebut bentuk-bentuk
tiga dimensi.
2.
Menyatakan ciri-ciri bentuk dimensi.
PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1.
Murid selalu menggunakan bentuk-bentuk tiga
dimensi di sekeliling dan dalam permainan seperti bola, guli, baton, buah dadu, kotak kasut,
kotak tisu,botol air, tin minuman, topi hari jadi, tong keropok dan aiskrim.
2.
Murid telah belajar dan mengenal bentuk
bulat, segiempat dan segitiga semasa di tahun satu.
KONSEP : Bentuk
tiga dimensi, bentuk dua dimensi dan pepejal.
BAHAN : Model 3 dimensi, objek yang
menyerupai bentuk 3 dimensi, puppet, carta, kad perkataan dan lembaran kerja.
NILAI : Kerjasama, fokus, berhati-hati, dan berani.
KEMAHIRAN : membanding dan membeza, mengira.
LANGKAH/MASA
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
||
Set Induksi
(3 minit)
|
Pengenalan tajuk.
Konsep bentuk tiga dimensi.
|
1.
Guru menunjukkan bentuk-bentuk tiga dimensi
yang ada di sekeliling seperti kotak tisu, tin minuman, buah dadu, bola dan topi
harijadi kepada murid.
2.
Guru menjana idea murid untuk menyatakan
tajuk pelajaran pada hari tersebut iaitu bentuk tiga dimensi (3D shapes).
|
1.
Murid melihat objek-objek yang ditunjukkan
oleh guru dan memberi maklumbalas.
2.
Murid menyatakan tajuk pelajaran
berdasarkan soalan rangsangan dari guru.
|
Langkah 1
(10 minit)
Langkah 2
(8 minit)
|
Bentuk-bentuk
tiga dimensi dan ciri-cirinya.
Contoh:
kubus.
Kuboid:
-6
permukaan rata berbentuk segiempat tepat.
Kon:
-1
permukaan rata berbentuk bulatan.
-
1 permukaan melengkung
Sfera:
-1
permukaan melengkung.
-Boleh
bergolek
Silinder:
-2
permukaan rata berbentuk bulatan.
-
1 permukaan melengkung.
-Boleh
berguling.
Piramid:
-4
permukaan rata berbentuk segitiga.
-1 permukaan rata berbentuk segiempat sama.
Aktiviti Kelas/Kumpulan.
|
1.
Guru menerangkan bentuk-bentuk tiga dimensi
dengan menggunakan konsep “puppet show”.
2.
Contohnya :
“Hai, saya adalah kubus.
Saya mempunyai 6 permukaan rata. Permukaan rata saya berbentuk segiempat
sama.Seronok dapat berkenalan dengan kamu”.
3.
Guru meneruskan “puppet show” dengan bentuk
tiga dimensi yang lain iaitu kuboid, kon, sfera, silinder dan piramid.
4.
Guru menyuruh murid menyebut semula dan
mengeja bentuk-bentuk 3D yang diterangkan.
5.
Guru menunjukkan dan menerangkan bentuk 3D
mempunyai ruang yang boleh diisi dan boleh disebut sebagai pepejal.
1.
Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan
iaitu A dan B.
2.
Guru meminta murid daripada kumpulan A mengambil 1
bentuk 3D dan murid kumpulan B akan menamakan bentuk dan melekatkannya pada
carta.
3.
Guru menyuruh murid lain dalam kumpulan B
tersebut menyatakan ciri-ciri pada
bentuk tersebut.
4.
Guru mengulangi dengan bentuk 3D lain
secara berselang seli sehingga habis.
|
1.
Murid mendengar penerangan guru secara
“puppet show”.
2.
Murid memberi maklum balas kepada guru dan
menyebut semula bentuk yang diperkenalkan oleh guru tadi iaitu kubus.
3.
Murid mendengar penerangan guru yang
seterusnya dan menyebut bentuk yang diperkenalkan.
4.
Murid menyebut dan mengeja bentuk-bentuk
3D.
5. Murid
mendengar penerangan guru.
1.
Murid duduk dalam kumpulan.
2.
Seorang murid kumpulan A mengambil 1 bentuk
3D manakala seorang murid kumpulan B menamakan bentuk tersebut dan
melekatkannya pada carta.
3.
Murid lain dari kumpulan B akan menyatakan
ciri-ciri bentuk tersebut.
4.
Murid mengulang aktiviti sehingga habis.
|
Langkah 3
(7 minit)
|
Latihan/Penilaian murid dengan
lembaran kerja.
|
1.
Guru mengedarkan lembaran kerja kepada
setiap murid.
2.
Guru memberi arahan kepada murid untuk
menjawab soalan dalam masa 7 minit.
|
1.
Murid mengambil lembaran kerja.
2.
Murid mendengar arahan guru dan menjawab
soalan dalam masa 5 yang ditentukan.
|
Penutup
(2
minit)
|
Kesimpulan.
Bentuk
3D juga disebut pepejal dan merupakan cantuman bentuk-bentuk 2D.
|
1.
Guru memandu murid membuat kesimpulan.
Bentuk 3D ialah kubus, kuboid, kon, sfera, silinder dan piramid. Ia juga
disebut pepejal kerana mempunyai ruang dan ia adalah cantuman beberapa bentuk
2D.
|
1.
Murid membuat kesimpulan dengan dibimbing
oleh guru.
|
Yang baik daripada Allah....yang buruk adalah kelemahan Cikgu Sari sendiri....boleh buat penambahbaikkan untuk digunakan bersama....
Daaaaaaaaa.....
Langgan:
Catatan (Atom)