Di pagi yang penuh barakah ini, Cikgu Sari ucapkan semoga anda semua mendapat rahmat Allah .....Insyaallah...
Cikgu Sari nak kongsi sedikit rasa hairan dan teruja juga sebenarnya dengan semangat dua orang anak Cikgu Sari ....
Layannnnnnnnnn
Sangat patriotik......kan
lagi satu lagu ini..............................................jom layan.....
Cikgu Sari doakan mudah-mudahan satu hari nanti anak-anak Cikgu Sari akan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara yang sangat mereka cintai ini............
Salam semua.... Entri kali ni Cikgu Sari nak berkongsi kegembiraan anak-anak murid SK Bukit Sentosa yang mendapat keputusan 5A..seramai 30 orang dan 4A 1B...seramai 48 orang.....Tahniah....
tahniah semua....
my belove daughter.....tahniah
tahniah wanie...
tahniah muiz....
Ramai yang tak dapat menahan tangisan kegembiraan termasuklah Cikgu Sari ..... tahniah juga untuk anak Cikgu Sari : Ainin Sofiya yang berjaya mendapat 5A... memang tak dapat menahan tangisan kegembiraan... Kepada yang tidak mendapat 5A, jgn putus asa, pjg lagi perjalanan anda semua. Tiada org yang minta kerja guna UPSR..tiada org masuk universiti guna UPSR...pastikan di akhirnya anda beroleh kejayaan. Jgn lihat bgm kita bermula, tapi lihat bgm ia berakhir...pinjam kata-kata Cikgu Liza.....
Sejak diperkenalkan 2 tahun lepas ramai guru-guru yang masih lagi kabur dengan cara menilai murid melalui PBS. Di sini Cikgu Sari nak kongsi instrumen PBS Matematik Tahun 1........Band 1-6 dengan guru-guru semua...
Entri kali ini Cikgu Sari nak berkongsi sedikit berkaitan sejarah bentuk dan ruang(geometri)...
Apakah dia geometri?
Geometri merupakan salah satu cabang matematik yang melibatkan bentuk, panjang, luas, isipadu dan sebagainya. Komponen-komponen seperti titik, garis lurus dan bulatan antara asas kepada bentuk-bentuk geometri. Perkataan geometri berasal daripada bahasa Yunani di mana geo bermaksud bumi manakala metros adalah untuk mengukur.
Bidang geometri mula dikesan ketika tamadun Mesir Purba kira-kira 1700 SM. Di mana orang-orang Mesir Purba perlu menyelesaikan masalah sempadan tanah di Sungai Nil. Limpahan air yang berlaku di Sungai Nil telah menyebabkan kekeliruan dalam kalangan tuan tanah. Oleh itu, orang Mesir Purba memerlukan pengetahuan dalam pembinaan sempadan, pengukuran luas dan panjang bagi menangani masalah ini. Selain itu, pembinaan piramid juga melibatkan konsep geometri dari segi bentuk-bentuk batuan yang digunakan dan pengukuran yang tepat.
Seterusnya, orang Babilon juga adalah yang terawal dalam penggunaan konsep geometri. Di mana mereka berpengetahuan dalam mengira luas dan isipadu. Bermula dengan orang-orang Mesir Purba dan Babilon, bidang geometri telah berkembang ke tamadun lain seperti Yunani, India, China dan Islam. Ini telah membawa kepada penerokaan bidang geometri yang lebih meluas oleh ahli-ahli Matematik seperti Thales, Pythagoras, Plato, Euclid, Archimedes, Thabit ibn Qurra dan lain-lain. Sumbangan mereka inilah yang telah membawa kepada konsep geometri moden yang ada pada hari ini.
Cikgu Sari harap entri ini dapat memberi sedikit gambaran tentang sejarah geometri....bukan apa bidang geometri sangat berkait rapat dengan kehidupan kita dan ianya sangat menarik....
Hari ni Cikgu Sari nak berkongsi Dokumen Standard KSSR bagi Tahun 1, Tahun 2 bagi subjek Matematik. Semoga boleh menjadi sumber serta rujukan buat rakan-rakan guru seperjuangan Cikgu Sari.
Untuk subjek seterusnya, Cikgu Sari akan cuba masukkan akan datang. sebab blog ini akan sentiasa cikgu Sari kemaskini untuk berkongsi ilmu yang bermanfaat.
#Nasihat Cikgu Sari : Jaga diri hiasi peribadi. Gunakan masa yang terluang dengan perkara yang bermanfaat.
Dari Kaca Mata : Gambar dan Video : Sekitar Hi-Tea SKBS 2012 Salam semua... Cikgu Sari nak kongsi sedikit kegembiraan menghadiri hi-tea yg dianjurkan oleh sekolah Cikgu S...
Entri kali ni Cikgu Sari nak kongsi cara mudah murid kuasai sifir 6 dan 7....memang berbaloiiii sesangat.....thanks pada Cikgu Luv yang berkongsi rahsia ini.....
Semua murid suka menyanyi kan.....especially lagu ini
Selamat hari jadi
selamat hari jadi
selamat hari jadi....
selamat hari jadi...........
ikutlah tune lagu ini.....
sifir 6
enam dua belas lapan belas
dua empat tiga puluh
tiga enam empat dua
empat lapan lima empat
sifir tujuh pun sama nyanyi ikut tune lagu harijadi jugak.....jom nyanyi....
sifir 7
tujuh patbelas dua satu
dua lapan tiga lima
empat dua empat semilan
lima enam enam tiga
*ejaan memang camtu sebab nak bagi sebutan senang ikut tune....
Cubalah............insyaallah pasti berkesan....
Cikgu Sari dah amalkan memang berbaloi-baloi tambah-tambah murid kelas belakang......
Entri ini khusus untuk semua anak-anak murid Cikgu Sari,... jom buat sesi refresh balik apa yang telah kita belajar…..moga menjadi ingatan
jangka panjang….
Jugak….untuk rakan-rakan guru sebagai perkongsian
bersama..
Cuba lihat gambar-gambar di bawah.....apa yang ada di fikiran ....
nyum...nyum...nyumm
Sangat dekat....sangat berguna.....sangat sedap....sangat ajaib......sesangat le.... Inilah yang kita hendak renungkan.....JOM.........ikuti... Inilah Dia Bentuk 3D
Bentuk 3 Dimensi ialah semua bentuk yang melibatkan panjang, lebar dan tinggi.
Ada yang rata, ada yang melengkung, dan ada yang berbucu.........
Jom intai namanya....
SAYA KUBOID
SAYA KON
SAYA PIRAMID
SAYA KUBUS
SAYA SILINDER
SAYA SFERA
Agak-agak boleh ingat tak…..pasti boleh….kan…?
Nak cepat ingat.....nyanyilah boria seperti dalam video sebelum ni….kan best tu..
Kalau tak dek kerana assigment takdela blog....kan...
Jom kita selami apa itu bentuk dan ruang.....
Bentuk dan Ruang boleh di bahagikan kepada:
a) BENTUK 2 DIMENSI
BENTUK DUA DIMENSI.
Merujuk kepada gambar atau visual dua dimensi. Ia dapat dilihat pada permukaan 180 . Bentuk dua dimensi hanya wujud dalam gambar dan bentuknya tidak dapat disentuh dan dirasa ruangnya. Contoh bentuk dua dimensi ialah catan, foto dan reka bentuk grafik.
b) BENTUK 3 DIMENSI
Merujuk pada benda yang wujud dalam ruangan yang sebenar/nyata. Ia mempunyai isipadu, jisim dan dapat dirasa dan disentuh. Bentuk tiga dimensi terbahagi kepada dua jenis iaitu bentuk yang dapat dilihat dari pelbagai sudut (360 ) dan bentuk timbul (relief). Contoh karya seni yang mempunyai bentuk 3 dimensi ialah arca, anyaman rotan dan ukiran kayu.
Cikgu Sari nak share sikit cara-cara mudah untuk murid kita kuasai sifir 8 dan 9....
Jom ikut....insyaallah murid senang ingat....
sifir 8
0 8 1 6 2 4 3 2 4 0 4 8 5 6 6 4 7 2 8 0
Caranya: lajur yang pertama tulis 0 - 4 dan 4 - 8 secara berturutan ke bawah dan kemudian lajur yang kedua pulak dari bawah ke atas tulis gandaan 2 bermula 0 - 8 dan ulang semula 0 - 8
Cubalah...kesannya pasti menakjubkan...
sifir 9 0 9 1 8 2 7 3 6 4 5 5 4 6 3 7 2 8 1 9 0 Caranya : lajur yang pertama tuliskan 0 - 9 ke bawah. Lajur yang kedua pulak dari bawah ke atas tulis 0 - 9 ke atas. nah terhasillah sifir 9.