Rabu, November 27, 2013

Cikguku yang chumel


Assalam uols

Semasa menyelak2 gambar terpandanglah kepada gambar2 ni yang baru diambil masa reunion bulan 8 hari tu. 1987-1991, dah lama rasanya zaman itu berlalu. Zaman persekolahan cikgu sari di SMKB(Kepala Batas, Alor Setar) sudah 22 tahun. Apa yang ingin dinukilankan ni bukanlah apa cuma rasa kagum yang tak terhingga kepada cikgu2 cikgu sari yang masih kekal maintain sejak dulu baik dari segi semangat dan juga awet mudanya.

Cikgu Asiah....guru kelas yang menjadi idolaku dulu
cikgu sari sangat suka dgn penampilannya...kalau dulu
baju biru, kasut biru, handbag juga biru....begitu juga kini
kemas dan cantik ...bakal menamatkan khidmatnya 3-4 tahun lg....
terkini merupakan PK SM Sultanah Asma, Kedah.

Teacher  Chitra...kini Datin Chitra dah bersara....masih lg comel dan muda....berdiri sebelah mereka buatkan cikgu sari rasa tua....hehehe

Nilah rakan-rakan cikgu sari yang masing-masing dah berjaya dengan kerjaya tersendiri...
ada yg jurutera, pensyarah, bissnesman , cikgu kecik cam cikgu sari ni, cikgu beso...dan lain-lain
apapun masing2 telah berjaya dan menikmati kejayaan dan susah payah dulu dgn keluarga tercinta...

Apa yang nak cikgu sari katakan mungkin apa yang terpancar di wajah cikgu2 itu adalah hasil keihlasan mereka dalam mendidik anak bangsa....tercinta. Ingin cikgu sari lahirkan ialah rasa terima kasih buat semua cikgu2 yang pernah menjadi cikgu dan mendidik cikgu sari dulu dari cikgu mengaji, cikgu sek. rendah, cikgu sek. men.  dan semua yg pernah mencurahkan ilmu kepada cikgu sari.

TERIMA KASIH CIKGU...buat cikgu2 yang dah tiada (Ustaz Ismail dan lain-lain) ....Alfatihah...semoga kalian tenang di sana....Aminnnn.

mungkin timing x berapa btl....tapi biarlah.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...